KULIAH

Alhamdulillah pagi tadi dapat mengikuti kuliah Juamat TGNA bekas MB Kelantan. Ringkas, pendek (disebabkan agak keuzuran namun masih istiqamah menyampaikan ilmu) tapi padat. Mengambil masa hanya setengah jam namun berkesan. Terutama analogi yang diberi berkaitan kebergantungan kehidupan kita biarlah hanya kepada Allah. Allah yang mencipta manusia maka Allahlah yang akan menjaga kita. Manusia tidak boleh mengharapkan aesama manusia menjaganya, hatta polis sekalipun. Analoginya lembu tidak boleh dijaga oleh lembu tapi perlu dijaga oleh tuannya.
Seterusnya persoalan kenapa Allah tidak menampakkan pahala dan dosa yang kita laksanakan. Sebagai contoh satu pahala dibayar seringgit? Jika ini berlaku, maka hambaNya akan beribadat kerana ganjaran yang mereka dapat, bukan semata-mata keranaNya. Begitu juga kita melakukan kerja kita sebenarnya untuk mendapat ganjaran(gaji), apakah kita melaksanakan kerja tersebut sekiranya kita tidak dibayar?.
Kesimpulannya, ramai yang tidak istiqamah atau bersungguh-sungguh melaksanakan ibadat kerana kita tidak nampak ganjaran sebagaimana kita dibayar apabila kita melaksanakan kerja kita.
Analoginya yang ringkas dan tepat. Semoga TGNA terus dikurniai kekuatan untuk membawa lebih ramai hambyaNya ke syurgaNya.

Leave a Reply