KULIAH MAGHRIB -MENCARI ILMU

Belajar ilmu agama merupakan fardu ‘ain bagi setiap individu muslim. Menghadiri majlis yang belum kita kuasa menjadi suatu kewajipan. Sekirangnya kita belum menguasai ilmu fekah misalnya, adalah menjadi kewajipan kita untuk hadir jika ada orang mengajar ilmu tersebut di kariah kita. Mengikut sesetengah ulama berdosa atau berada dalam keadaan berdosa jika kita meninggalkan majlis ilmu untuk urusan yang tidak penting! Semasa kita lepak atau bersiar-siar sedangkan majlis ilmu di tempat kita sedang berjalan, maka sebenarnya kita berada dalam keadaan berdosa. Dalam beramal perlu kita berguru supaya amalan kita menepati syariah. Sebagai contoh orang yang tadarus al Quran dalam keadaan yang salah tajwidnya berdosa walaupun khatam beberapa kali sehari tetapi berpahala walaupun bacaannya salah sedangkan dia dalam keadaan belajar! Maka cari ilmu dan amalkanlah ilmu tersebut. Bergurulah walaupun hanya Mempelajari perkara yang nampaknya remeh seperti doa masuk dan keluar tandas, apa lagi berkaiatan perkara yang lebih utama atau wajib. JAUHI beramal secara ikut-ikutan!

Leave a Reply