Kuala Lumpur dan Sandakan -Bagaikan air tasik dan ombak besar

Tiba di KL tepat jam j1600. Solat di hotel kemudian ke tempat biasa di Medan Tuanku untuk merasakan masakan Kelantan. Amat kecewa sekali kerana gerai di sebelah Pejabat Pos Medan Tuanku telah tiada. Tinjau di sekitarnya. Terjumpa sebuah restoran Kelantan. Isi perut dengan nasi campur dan cuci mulut dengan kuih pelita serta basahkan tengkuk dengan teben. Tak berselera. Bersama ummi pulang ke tempat penginapan. Ummi kepenatan dan baring sambil menatap majalah dan news paper. Saya ke Lobby “updated blog” Kebisingan dan kebingitan amat terasa bila terkenang Sandakan yang permai dan tenang.

Leave a Reply