KPI IBADAT

KPI ibadat pada umun berjaya melaksanakan semua suruhanNya secara ISTIQAMAH sehingga kita dipanggilNya. Ibadat yang dilaksanakan hendak menepati piawai dari aspek rukun dan sunat. Contohnya KPI bagi ibadat Solat fardu. KPInya ialah mendirikan Solat tersebut di awal serta secara berjemaah semua lima waktu. Dari aspek qualitinya pula ialah dengan melaksanakan rukunnya dengan betul sama ada dari perbuatan dan bacaan dalam Solat. Amalan sunat dalam Solat merupa aksesori yang boleh menjadikan Solat kita mencapai tahap Kesempurnaannya dan akhir sekali diterimaNya dengan gred ” excellence”. Perlaksanaan hendaklah ISTIQAMAH sampai bila-bila. Jika semuanya Sebagaimana yang diperintah dan apa yang easy sallalahu ‘alaiwasallam maka ada harapan untuk mencapai KPInya. Begitu juga amalan-amalan kita kena pasti syarat wajib dan sunatnya diperintah untuk dilaksanakan dan berjaya melaksanakan secara ISTIQAMAH, maka itulah KPI yang mesti dicapai untuk meraih penerimaan olehNya sebagai ibadat yang berprestasi tinggi. MUHASABAH diri sendiri terhadap KPI ibadat kita.

Leave a Reply