KOLESTROL

Sebelum ini mengadap asma yang agak kronik. Apabila asma menyerang terasa ruang penafasan hampir tertutup, terlalu seksa walaupun melangkah selangkah! Untuk langkah yang kedua perlu rehat seketika! Terasa ajal semakin hampir! Alangkah malangnya seandainya nyawa ditamatkan pada waktu tersebut! Ini kerana amalan untuk mengadapNya hampir sifar jika dilihat dalam aspek kuantiti dan kualiti. Solatnya jauh dari syarat dan rukun yang ditetapkan! Solat sekadar ikutan dengan yang dikutip semasa belum baligh! Bacaan dalam solat dengan ilmu tajwidnya yang tunggang terbalik. Sifar pengetahuan tajwidnya. Alhamdullah Allah MAHA PENYAYANG kerana masih memberi peluang untuk meneruskan kehidupan dengan anugerahNya yang tidak ternilai iaitu mengurniakan kesihatan yang agak baik. Penyakit asma tidak lagi serious . Masih dapat menambah amalan serta ilmu yang berkaitan. Fikirku adalah hanya itulah penyakit yang ku hadapi, dalam pemeriksaan kesihatan semasa ingin menunaikan ibadat fardu haji beberapa tahun dulu laporannya ok saja. Namun baru- baru ini ada kioks untuk pemeriksaan kesihatan secara percuma . Peluang ini diambil untuk pemeriksaan tersebut dan pemeriksaan darah dan sebagainya, maka dikesan masalah kolestrol yang agak tinggi! Semua sedia maklum risikonya bagi mereka yang mempunyai KOLESTROL tinggi! Ini bermakna ajal kita boleh tiba pada bila-bila masa sahaja. Bersediakah dengan amalan untuk mengadapNya?.Moga Allah mengurniakan dan mengekalkan TAUFIK dan HIDAYATNYA agar sentiasa ada keinginan dan Kekuatan untuk sentiasa ingin meningkatkan kuantiti dan kualiti ibadat kita! Sementara diberi musibah( penyakit) dalam masa yang sama masih diberi kesempatan masa untuk beribadat kepadaNya.

Leave a Reply