KLIA- Dulu dan kini

Sekarang kami berada di KLIA . Baru sampai dari Kota Bharu dan masih menunggu penerbangan ke Destinasi akhir pada jam1535. Makan bekalan nasi dagang dari warung Mak sah Kg Sireh (diceritakan di antara nasi dagang yang paling enak di Kelantan). Kalau ke Kelantan jangan lupa mencubanya. Saya akui ini kerana telah mencuba di mana-mana dan nasi dagang mak sah masih nombor satu. Meninggalkan Kelantan dalam keadaan sayu kerana Mek dan abah masih demam yang agak serius. Semoga Allah mengembalikan kesihatan kepada kedua mereka dengan segera agar dapat beribadat degan lebih sempurna(Amin). Mak juga masih terlantar kerana masih tidak dapat berjalan akibat terjatuh tempoh hari. Jumpa lagi.

Leave a Reply