KITAKAH ITU?

Walaupun mendengar laungan azan, rasa berat untuk bersegera untuk hadir bersolat! Terpapan banner ceamah agama, kita tidak ambil kesah pun! Kawan ajak untuk mendalami ilmu al Quran, namun masih rasa belum bersedia! Nampak jiran atau orang ke Surau atau masjid untuk berjemaah, tapi tidak rasapun untuk melakukan amalan seperti mereka! Menghantar keluarga untuk menunaikan ibadat haji, namaun keinginnya sekadar biasa-biasa sahaja dan tidak berusaha bersungguh-sungguh untuk membuat persediaan awal untuk mendapat haji yang mabrur secepat mungkin! Belumlagi memikirkan untuk melaksanakan puasa sunat selain puasa bulan Ramadhan! Terasa sukarnya untuk bangun malam! Belum bersedia untuk istiqamah tadarus al Quran setiap hari walaupun satu ayat! Masih tidak kisah sama ada berdoa atau tidak apabila memulai sesuatu kerja atau perbuatan seperti doa makan, masipuk dan keluar tandas , doa sebelum dan selepas bangun dari tidur dan sebagainya(kalau tidak semuapun secara perlahan-lahan)! Harap-harap sedikit demi sedikit itu bukan kita berkeadaan demikian.

Leave a Reply