KITA SEPATUTNYA

Apabila kita hadir majlis ilmu. Kita sepatut mencatat/mengingat setiap amalan-amalan yang ditekankan yang menjadi amalan Rasul sallalahu ‘alaiwasallam atau para untuk diamalkan sebaik sahaja selepas majlis ilmu yang kita hadirkan diri itu. Sebagai contoh, apabila penceramah menekankan peri pentingnya solat sunat (kata ditekankan solat 2 rakaan sebelum fardu Subuh), maka bermula esoknya kita awal ke masjid atau surau untuk melaksana solat sunat tersebut sebelum mendirikan solat fardu Subuh berjemaah. Penekanan para penceramah biasanya amalan-amalan sunat yang menjadi amalan Rasul sallalahu ‘alaiwasallam yang sangat besar fadhilatnya dalam memantapkan keimanan kepadaNya. Amalan-amalan adalah pelengkap kepada amalan fardu yang membawa hambaNya menjadi insan yang soleh yang istiqamah dalam setiap amalan. Kesolehan membawa hambaNya kepada kemanisan beramal yang membawa keinginan untuk melaksanakan amalan-amalan baru secara istiqamah sebagai nilai tambah kepada amalan yang sedia diamalkan secara istiqamah. Panduan- Penceramah dalam masa yang amat terhad biasanya mengesyorkan amalan-amalan tertentu secara umum. Untuk lebih jelas bagaimana melaksanakan secara betul dan menepati syariah,maka kena mendalami lagi syarat dan cara berkaitan sesuatu amalan. Pada permulaan, kita amalkan berdasarkan ilmu asas sehingga kita dapat melaksanakan dengan sempurna melalui pengajian secara mendalam secara berperingkat-peringkat.

{ Leave a Reply ? }

Leave a Reply

Pingback & Trackback

  1. Online dating for educated singles in amsterdam - Trackback on 2016/07/15/ 16:08
  2. http://aceroofingtexas.com/ - Trackback on 2016/07/15/ 19:04