KITA SEMAKIN SIBUK ! BAGAIMANA DENGAN AMALAN ZIKIR KEPADA ALLAH?

Melihat kepada kesibukan sebahagian besar manusia, seolah-olah tiada alam lain selain alam yang dihuninya ini. Kita di saran mencapai KPI dalam perkhidmatan, hasil produktiviti mesti bertambah dari hari ke hari, kesilapan mesti “zero defect” dan lainnya mesti ada peningkatan atau dalam bahasa canggih “anjakan paradigma”. Malangnya untuk alam yang kekal abadi seolah-olah tidak wujud, jemaah solat fardu Subuh merudum KPInya tinggal beberapa kerat yang menghitung menuju ke alam abadi. Apakah punca atau alasannya? Peribahasa Melayu” HENDAK SERIBU DAYA DAN TAK HENDAK SERIBU DALIH” DALIH atau alasan yang selalu diberi bila persoalan akhirat diungkit!. “Kenapa tidak ke masjid? jawapannya “sibuk” walau orang biasa tapi kesibukannya mengalahkan menteri. Apakah tidak boleh sediakan beberapa minit untuk berjemaah fardu Subuh di masjid atau surau berhampiran rumah, berhampiran pejabat atau dalam perjalanan? Apakah tidak mampu menyediakan 15 minit dalam sehari untuk membaca al Quran? Apakah tidak mampu untuk berselawat ke atas junjungan Nabi Muhammad S.A.W sekurang 100 selawat sehari yang memakan masa lebih kurang 10 minit? Apakah tidak mampu beritighfar sebanyak 100 kali sehari yang hanya memakan masa tidak sampai 10 minit?Apakah tidak boleh kita sediakan beberapa minit untuk berzikir memuji kebesaran Ilahi? Apakah payah bagi kita bangun pagi 15 minit lebih awal untuk menunaikan solat tahajud 2 rakaan dan sekurang-kurang satu rakaat witir? Apakah tidak mampu kita sediakan sekitar 5 minit untuk melaksanakan solat dhuha? Miskin sangatkah kita untuk bersedekah dan membantu ibu bapa dan orang miskin seringgit dua secara konsisten? Penat sangatkah kita untuk mengamalkan puasa Isnin atau Khamis atau keduanya dalam seminggu? Sibuk sangatkah kita untuk meluangkan masa 1 atau 2 jam seminggu untuk majlis ilmu? Berapa banyak saham atau keuntungan yang kita dapat  dalam sehari jika asyik berkata perkara yang sia-sia? Susah sangatkan untuk berada dalam situasi bersih dengan mengekal air sembahyang sepanjang masa? Susah sangatkah untuk mencoret sepatah dua kata berbentuk dakwah sama ada melalui penulisan atau bicara kata?Susah sangatkah menghafal dan mengamalkan doa bangun dari tidur, doa masuk dan keluar tandas, doa perjalanan ke masjid, doa masuk dan keluar masjid, doa keluar dan masuk rumah, dan doa-doa harian yang lain yang di amalkan oleh Rasulullah S.A.W?  Jika anda hafal dan amalkan secara istiqamah ianya akan menjadi kebiasaan seperti doa yang jarang orang tidak hafal iaitu doa “MAKAN” . Jadikanlah amalan harian secara istiqamah sebagai makan rohani seperti” makan” yang kita istiqamah tidak dalam apa situasi sekalipun.

Semua di atas anda boleh lakukan di mana sahaja kerana Allah telah menyediakan ruang dan masa yang luas. Contohnya  manfaaatkan masa perjalanan ke sesuatu destinasi, menunggu sesuatu dan sebagainya. Apabila anda mencuba baru anda sedar sebenarnya dalam kesibukan anda, Allah menyediakan lebih banyak masa untuk beribadah kepada. Ingat ALLAH MAHA PENYAYANG terhadap hambaNya.

JIKA SEMUANYA ANDA JAWAB YA DAN AKAN ANDA LAKUKANNYA  MAKA ANDA SEDANG MENUJU UNTUK MENJADI SEORANG YANG SOLEH.

Pertanyaan di atas untuk diri sendiri dan yang ingin merasai nikmat iman.

{ Leave a Reply ? }

Leave a Reply

Pingback & Trackback

  1. malvorlagen - Trackback on 2016/08/12/ 17:39
  2. กระบอกสูญญากาศ - Trackback on 2016/10/04/ 18:59
  3. DasCoin - Trackback on 2016/10/10/ 05:02
  4. séries - Trackback on 2016/11/13/ 06:15