KITA PASCA RAMADHAN!

Hampir dua minggu Ramadhan sudah berlalu, Syaawal semakin hampir meninggalkan kita. Kita bagaimana? Bagaimana ibadat kita jika kita bandingkan sebelum, semasa dan pasca(selepas) Ramadhan? Mungkin kita nampak perubahan yang agak signifikan(ketara) jika kita bandingkan amalan kita sebelum dengan selepas Ramadhan!. Namun jika kita bandingkan semasa Ramadhan dengan pasca Ramadhan bagaimana? Masih terdapat perubahan yang signifikan atau sebaliknya? Kita sendiri yang boleh menilainya! Namun begitu, masyarakat pada umumnya dapat menilai dengan membuat perbandingan suasana semasa dan pasca Ramadhan. Contoh mudah yang dapat dinilai melalui mata kasar ialah kehadiran jemaah untuk solat berjemaah lima waktu. Tidak keterlaluan jika kita katakan kehadirannya merudum melebihi 50 peratus berbanding pada bulan Ramadhan. Itu secara umumnya!. Pada diri individu hanya kita sebagai individu yang mengalami pengalaman dalan tiga situasi yang lebih mengetahuan samada terdapat perubahan yang signifikan atau sebaliknya. Kita boleh menilai ibadat kita yang sedang kita amalkan sekarang(pasca Ramadhan). Di antara soalan yang kita sahaja boleh jawab ialah, masihkah kita kekak berjemaah lima waktu di masjid atau surau? masihkah kita tadarus dan tadabbur secara konsisten setiap hari?, masihkah kita rajin bersedekah? masihkan kita terus-teruskan zikir-zikir sebelum, semasa dan pasca Ramadhan? masihkah kita bangun malam untuk solat sunat wuduk sehinggalah solat witir? dan banyak lagi amalan yang amalkan sepanjang Ramadhan, masihkah kita istiqamah? Muhasabahlah diri sendiri dan pastikan terdapat perubahan yang signifikan dalam kehidupan kita.

Leave a Reply