KITA KENA MENCUBA

Sekiranya kita menganggap semuanya susah, maka sampai Hari ini kita tidak dapat terban ke destinasi yang jauh dengan panas, kita sukar mendapat maklumat terkini jika mereka yang mencipta komputer tidak mencubanya kerana menganggapnya sukar!. Itulah manusia selalu bersepsi negatif dan menganggap kebanyakkan kerja susah dan ada yang menganggapnya mustahil sama sekali!.
Kalau inilah anggapan dan langsung tidak ingin mencuba, maka lenyapkan al Quran! Namun, tidak akan berlaku demikian kerana Allah telah memberi jaminan bahawa alQuran itu akan KEKAL selamanya sehingga hari kiamat menjelma. Secara terang dan tersirat Allah melahirkan para hafiz dan hafizah yang dapat menghafal al Quran. Siapa yang berani mencuba dan berusaha nescaya Allah anugerahi seseorang itu dapat menghafal al Quran. Sekarang sudah ramai yang sudah menghafal 30 juz alQuran. Kita bagaimana? Adakah tidak ingin mencuba? Atau menganggapnya mustahil? Ingat dan yakin bahawa apa saja suruhanNya ianya tiada yang mustahil.
Oleh itu bermulalah dari sekarang mengahafal al Quran bermula dari surah dalam muqaddam serta ayat lazim yang lain yang kita akan secara lazim dalam solat atau pada masa tertentu dan seterusnya dan seterusnya. Hafallah al syamsi untuk kita laksanakan solat dhuha setiap hari, surak al ‘a la untuk kita baca dalam solat witir, surah sejadah untuk dibaca pada solat Subuh pagi Jumaat, surah al Mulk yang kita baca sebelum tidur dan surah-surah lain yang biasanya digalakkan dibaca secara istiqamah pada setiap hari. Kita kena mencuba di samping berdoa kepadaNya insyaAllah Allah MAHA PENYAYANG akan memudahkan kita. Kita kena cuba!

Leave a Reply