KHUTBAH JUMAAT

Semakin hampir dengan PRU13, khutbahnya semakin menjuruskepada topik duniawi. Tidak cukupkah dengan yang bersiaran 24 jam dengan Penerangan semasa paling kurang setiap 30 minit di hampir 10 saluran.

Umat Islam sudah semakin jauh dengan agamanya sendiri. Sebahagian besarnya hanya mengamalkan Islam pada hari Jumaat dan HARI Raya sahaja.Manakala amalan wajib yang berkala dilaksanakan ala Kadar sahaja. Solat hanya sekadar memenuhi keperluan fizikal sahaja iaitu melengkapkan pergerakan yang ditetapkan tanpa memastikan bacaannya betul atau tidak, tu’maninahnya bagaimana? Ramai yang melaksanakannya sekadar ikutan.

Bersuci dan menjaga kebersihan supaya ibadat kita sempurna. Pembentukan masyarakat yang melibatkan tanggungjawab ibubapa terhadap anaknya, ketua kampung terhadap anak buah, ketua Jabatan terhadap orang bawahannya, guru terhadap murid, suami terhadap isterinya, pemimpin terhadap rakyatnya dan semua yang mempunyai tanggungjawab.

Keadaan keruntuhan moral yang serius kini maka, sepatutnya topik ini ditekan berkali-kali pada isi khutbah. Apabila masyarakat beragama terbentuk maka kemakmuran dalam aspek ekonomi sudah pasti akan turut berkembang. Ini adalah janji Allah , dan janji Allah adalah benar.

Apalah gunanya rakyat dihidangkan berbagai kemewahan jika kehidupan Masyarakat porak-peranda, institusi keluarga punah ranah!

Leave a Reply