KHAS BUAT ANAK CUCUKKU

Wahai anak cucuku,

Kelak jika diizinNya sempat menghirup udara alam dewasa..

Kelak jika diizinNya kau dikurniai kesihatan, maka banyakkanlah amalmu agar kau jadi hamba yang soleh!

Hamba yang soleh berguna untuk dirinya, berguna untuk keluarga dan berguna untuk orang lain iaitu jirannya, sahabatnya, kenalan dan sesiapa sahaja ..,..

Oleh itu.,. Sentiasalah ….

berdoa untuk kebaikan mereka

jangan sesekali rajakan harta bendamu dengan tidak membantu mereka

kan kita merasa keperitan ketika susah dan tiada yang mambantu kita? Sentiasa mohonlah agar ALLAH anugerahi agar tidak selesa melihat kesusahan orang lain sedangkan kita mampu membantunya! Walaupun berapa hartamu, rumahmu, keretamu dan segalanya JIKA  tidak kamu infakkan, ianya tidak bernilai walaupun sebiji zarahpun di akhirat!

Namun ingatlah wahai anak cucuku!

JANGAN SESEKALI KAU MEMINTA selain daripadaNya SEKALIPUN  KAU AMAT MEMERLUKAN . Sabar lah dan tempuhi kesusahan kerana di penghujungnya kau akan merasai nikmat dari kesukaran tersebut!

 

INGATLAH WAHAI ANAK CUCUKU AYAH DAN IBUMU SUDAH TEGAR DENGAN DERITA ITU.

Leave a Reply