Khalish, shawab ,muttaba’ah dan ittiba’

Dalam beramal, kita mestilah mengikuti apa yang telah disyari’atkan oleh Allah serta petunjuk agama yang haq yang dibawa oleh Rasul-Nya. Tidak akan diterima amal seseorang tanpa ada kedua syarat ini, iaitu khalish dan shawab. Khalish(murni) yang bermaksud ikhlas semata-mata kerana Allah dan shawab(tepat dan benar) bermaksud sesuai dengan tuntutan syari’at. Muttaba’ah bermaksud lahiriahnya mengikut teladan Nabi dan batinnya shahih dengan dengan keikhlasan (semata-mata mencari keredhaan Allah). Apabila amal seseorang tidak memenuhi kedua syarat ini maka rosaklah amalannya. Barang siapa tidak ikhlas dalam beramal bererti ia seorang munafik. Sebab mereka adalah orang-orang yang riya'(ingin dilihat) di hadapan manusia. Dan barangsiapa tidak ittiba'(mengikut sunnat Nabi) di dalam beramal, maka dialah orang yang sesat lagi jahil. Apabila kedua syarat ini terkumpul, maka itulah amalan orang-orang yang beriman yang akan diterima. Itulah yang terbaik dari apa yang mereka lakukan, dan dihapuskan segala kesalahan mereka.

Petikan dan ringkasan tafsir Ibnu Katsir Jilid 2 (ms 674)

Leave a Reply