KEUTAMAAN. DAN ILMU

Ramai orang yang nawaitunya baik iaitu untuk meraih pahala dariNya sama ada untuk diri sendiri atau saudaranya atau untuk orang lain.
Namaun, semuanya perlu pendekatan ilmu. Ilmu perlu dikutip dari lebih satu guru atau sumber. Apabila mendapat ilmu dari berbagai sumber yang sahih baru kita mengetahui dalam soal amalan mana satu keutamaannya(aula). Sebagai contoh, apabila kita berada di bulsn Ramadhan apakah keutamaannya? Tentulah solat terawih beejamaah. Solat terawih hanya hadir sekali sahaja dalam setahun begitu juga anjuran berbuka. Kadang-kadang kita dijemput ke majlis berbuka dan disertakan dengan bacaan surah yassin dan Tahlil . Ianya nemakan masa menyebabkan kita tertinggal solat fardu dan sunat Terawih berjamaah di masjid. Sedangkan majlis Tahlil dan bacaan Surat yassin boleh diadakan sepanjang tahun pada sebelas bulan yang berikutnya.
Ilmu itu amat penting dalam melaksanakan ibadat samada yang fardu atau sunat. Macam juga kita ke Mekah untuk melaksanakan ibadat umrah, sedang hutang dengan seseorang belumbarbayar! Membayar hutang itu wajib dan ibadat umrah itu sunat. Amalan tanpa ilmu adalah sia-sia dan ilmu tanpa amalan tidak ada gunanya.

Leave a Reply