KEUTAMAAN DALAM AMALAN SOLAT

Solat adalah rukun Islam. Solat fardu menjadi kefarduan kepada setiap muslim. Di samping solat fardu terdapat banyak solat sunat sama ada solat rawtib atau solat sunat mutlak(selain sunat rawatib)solat-solat sunat tertentu yang kadang-kadang agak konsisten melaksanakannya. Cuma yang menjadi persoalannya sebilangannya agak ‘excited’ dalam mengamalkannya tanpa pengetahuan yang lengkap berkaitan keutamaan dalam berama; berkaitan dengan solat. Tidaklah menjadi kesalahan pada amalan tersebut cuma bagi mereka yang arif berkaitan akan nampak keganjilan. Maca, ‘DUNIA TERBALIK’. Apakan tidaknya, yang utama dikesampingkan dan yang bukan utama dikerjakan dengan bersungguh-sunggguh. Sebagai contohnya, solat fardu jemaah(memang sangat dituntut) di kesampingkan dan solat sunat qabliah Jumaat dikerjakan tanpa mangkir(solat sunat yang belum pasti muakadnya), oleh kerana hadir hadir awal pada Solat fardu Maghrib dan isya’ maka dilaksanakan Solat qabliahnya namun ba’adiahnya diabaikan. Begitu juga Solat sunat sebelum Subuh yang amat besar fadhilatnya tetapi tidak bersungguh untuk ISTIQAMAHnya. Ilmu memandu kita untuk melaksanakan sebarang amalan mengikut kefaduan, kewajiban dan KEUTAMAANnya.

Leave a Reply