KERJA DUNIA DAN KERJA AKHIRAT

Kehidupan di dunia tifaklah lama sangat. Jarang-jarang yang mencecah umur sehingga 80 hingga 100 tahun. purata umur ialah 60 hingga 70 tahun. Mungkin 10 tahun pertama kehidupan kita di dunia, kita dapat makan dan pakai percuma sumbangan atau ditanggung oleh kedua Ibu bapa atau penjaga.selepas itu untuk beberapa tahun lagi mungkin kita masih ditanggung atau terpaksa menanggung sendiri keperluan hidup kita. Untuk menampung keperluan hidup kita perlu bekerja untuk mendapat upah. Upah yang kita terima dapat kita gunakan untuk menyediakan keperluan hidup seperti tempat tinggal, pakaian, makanan, kenderaan can sebagainya.siapa yang bekerja bersungguh-sungguh dengann keizinanNya akan dapat hidup dengan sempurna.jika ingin upah yang lebih, maka kerja tambahan perlu kita lakukan.Semua kerja tersebut jika kita laksanakan kereanNya, insyaAllah ianya merupakan kerja untuk akhirat juaga dan uapahnya akan dibayar di sana nanti dalam bentuk nikmat yang tidak tergambar di fikiran kita.
Namun, untuk upah di akhirat kerjanya juga perlu dikerjakan semasa kita berada di dunia. Allah telah menetapkan kerja yang mesti kita laksanakan jika kita ingin hidup bahagia di akhirat. Melalui al Quran dan Sunnah Allah telah menetapkan perkara yang wajib kita laksanakan dan perkara yang dilarang kita laksanakan. Petkara tersebut meliputi yang fardu, wajib, sunat,harus, makruh dan haram. Sesiapa yang melaksanakan semua arahan tersebut pasti Allah akan membalas dengan upah yang setimpal di akhirat nanti dan janji Allah tetap benar. Kalau di dunia ada istilah, ada kerja ada gaji, bagaimana di akhirat nanti? Apakah sandaran kita untuk mendapat ganjaran daripadaNya jika kita tidak melaksanakan suruhan atau kerja yang disuruhNya? Kesengsaraan kehidupan di dunia hanya kesukaran yang sementara sahaja, tapi di sana(akhirat) adalah yang abadi. Bayangkan kesengsaraan sehari di akhirat bersamaan dengan 1000 tahun di dunia! Sedang kesukaran yang kita hadapi di dunia untuk beberapa detik pun kita mengeluh!
Untuk kerja akhirat Allah sediakan upah yang berganda berbanding upah kerja dunia. Upahnya tidak mengira pangkat tapi dikira berdasarkan tahap ketakwaan kepadaNya. Di dunia kita memeerlukan kelulusan untuk mendapat upah yang tinggi sehinga PHD dan sebagai serta pangkat sehingga JUSA dan sebagainya. Allah MAHA ADIL.Allah menyediakan ganjaran berdasarkan tahap ketaqwaan seeorang hambaNya. Orang biasa walaupun buta huruf sekalipun berpeluang mendapat pangkat JUSA yang tertinggi di syurgaNya jika melaksanakan semua amalan yang diperintahNya. Orang yang mempunyai kelualusan dengan beberapa PHD sekalipun jika tiada ketaqwaan kepadaNya upahnya sedikit atau langsung tiada upah dan lebih parah lagi di isytiharkan muflis di akhirat nanti.
Untuk itu marilah kita berkerja dengan bersungguh-sungguh untuk mendapat ganjaran dunia dan akhira. Semakin banyak amalan sunat yang jita laksanakan, maka semakin banyak bonus point yang akan kita dapat nanti. Pahala setiap kali kita solat berjemaah sebanyak 27 kali ganda yang kita kumpul dan biasa pulang setiap hari, insyaAllah dapat kita tunaikan di sana nanti.

Leave a Reply