KERISAUAN

Kehidupan ini penuh dengan kerisauan. Ramai yang rasau tentang dunia. Risau tentang keluarga terutama anak-anak, risau tentang harta benda, risau tentang kerja dan bermacam-macam risau. Namun risau tentang hari pembelasan merupakan puncak segala kerisau yang sepatutnya sentiasa tersemat di hati sepanjang masa. Risau di manakah kita nanti di akhirat! di syurga? di neraka?. Untuk memastikan kita di syurgaNya, kita mesti risau tentang ibadat kita! Diterimakah solat kita yang kita kerjakan setiap hari? Mabrurkah haji yang kita kerjakan? Benarkah kita benar-benar ikhlas dalam semua ibadat kita? Ikhlaskah sedekah kita? Ikhlaskah kita bersahabat? Bagaimana dengan ibadat puasa kita? adakah sekadar lapar dan dahaga? Diterimakah amalan sunat kita? Apakah rezeki yang kita terima halal sepenuhnya? Apakah perjalanan hidup seharian kita bertepatan dengan sunnah RasulNya? Kerisauan menjadikan kita sentiasa memperbaiki amalan kita dari aspek kesempurnaan dan lillah hi ta ‘ala. Jangan sekali kita berpuas hati dengan amalan yang telah kita laksanakan kerana ia akan melalaikan kita dan melaksanakan sambil lewa sahaja. Tambahbaik amalan kita sempanjang masa serta serta “upgraded”kannya setiap masa.Sila pasti ianya dilaksanakan secara istiqamah dan hanya mengharap balasan dan rahmatNya di akhirat nanti.

Leave a Reply