KERAPKANLAH BANDING DI ANTARA WAKTU SIHATMU DENGAN UZURMU

Dalam soal makan dan minummu, banding kan kelazatan makanan yang kita makan, betapa nikmatnya menghirup walaupun segelas air kosong. Rasailah bagaimana rasa air kosong ketika dirimu di datang kan kesakitan! Rasanya JIKA dihidangkan makanan paling enak sekali agak payah untuk menelannya! Itulah nikmak sihat yang perlu disyukuri. Bandingkan kelancaran ibadatmu masa sihatmu! Dapat KE masjid untuk berjemaah , dapat solat sunat dengan banyak dan selesa, dapat bertadarus sebanyakmya dalam keadaan santai, serta banyak amalan yang dapat dilaksanakan dengan lancar dan selesa! Banding waktu uzurmu, betapa sukarnya UNTUK BERJEMAAH di masjid , malah untuk berdiri pun agak sukar! Apatah lagi untuk amalan tambahan seperti tadarus dan sebagainya agak sukar. Kalaupun dikuatkan juga semangat ia dilaksanakan dalam situasi yang sangat tidak selesa. Maka sentiasa banding masa sihat dengan masa uzur kita agar kita bersungguh beramal semasa sihat sebagai persiapan sebelum keuzuran yang akan mengganggu amalan kita. Beruntunglah orang yyang memaksima  amalan masa sihatnya dan bergagah beramal masa sakitnya .

Leave a Reply