KENAPA UMAT ISLAM LEMAH DAN BERPECAH?

Itulah satu persoalan yang diutarakan oleh seorang jemaah dan jiran seusai solat Isyak di Surau. Sebenarnya persoalan ini sentiasa bermain di sanubariku dan dijadikan alasan atas pemahaman sendiri kenapa persoalan di atas terjadi. Namun, secara spotan menjawab Persoalannya secara ringkas sahaja bahawa puncanya kerana orang meninggal al Quran dan sunnah RasulNya. Sengaja tidak menghuraikannya, takut nanti menjadi isu politik. Sebenar isunya mudah sahaja tapi tidak dapat dijelaskan kerana ia melibatkan jemaah dan jiran tersebut. Kita ambil mudah sahaja iaitu tengok pada jemaah solat Subuh, berapa kerap sahaja yang hadir. Kalau dikira peratus, maka tidakpun sampai 2 % peratus yang berjaya menyahut hadis sahih yang amat menekan solat Subuh berjamaah. Ini berlaku di mana-mana di dunia Islam. Di Makkah dan Madinah sendiripun mmajorinya jemaah haji dan umrah dan majoritinya pula apabila pulang ke tanah air tidak juga memenuhi masjid untuk berjamaah Solat Subuh.
Sebenarnya inilah kekuatan umat Islam. Sejarah membukotikan kekuatan tentera Salihuddin al Ayubi ialah qiamulainya. Apabila kita bangun malam untuk berqiamulai, maka sudah pasti akan hadir untuk solat Subuh berjamaah. Qiamulai dan solat Subuh berjamaah mempunyai kaitan yang amat signifikan. Apabila gagal hadir solat Subuh berjamaah, apalah lagi untuk bangun malam untuk berqiamulai. Sebenarnya inilah di antara punca kelemahan dan perpecahan umat. Doa pada 1/3 malam terakhir merupakan doa yang tidak akan ditolahNya, tapi 98% daripada beberapa bilion umat Islam tidak mengambil kesempatan peluang yang beri olehNya. Sekitar 2 % yang hadir itupun tidak konsisten dan berapa kerat sahaja yang beramal dangan ilmu. Renung dan fikirlah.

Leave a Reply