KENAPA PAGI INI KITA MESTI BERSYUKUR?

Apakah kita tidak mahu bersyukur kerana kita masih dibangunkanNya untuk meneruskan kehidupan? Menghidup udaraNya secara percuma, masih diberi kesihatan, masih dikurniakan taufik dan hidayahNya untuk melaksanakan suruhanNya iaitu solat fardu Subuh berjemaah. Kita juga masih diberi kesempatan untuk menjadi hambaNya yang kaya dengan kekuatan untuk melaksanakan solat sunat sebelum Fardu Subuh dua rakaat yang mana ganjarannya ‘satu dunia dan seisinya’. Seterusnya dikurniai deria rasa yang akan meneruskan perjalanan kehidupan dengan menikmati pelbagai jenis hidangan dengan penuh selera. Bayangkan jika kita disakitkan,yang menyebabkan kehilangan deria rasa.Apa jadi dengan selera kita? Bersyukurlah kerana semua pancaindera kita masih berfungsi untuk meneruskan kehidupan. Allah….Allah…Allah tidak terhitung nikmatMu. Jadilah aku hambaMu yang sentiasa bersyukur dan ampunilah dosa-dosaku yang tidak terhitung in1!.

Leave a Reply