KENAPA KITA TUNAIKAN UMRAH!

Topik di atas sudah sekian kali dibincangkan, cuma tajuknya sahaja berbeza!. Walaupun dalam keadaan ekonomi yang agak perlahan dan negara memerlu kecairan wang dalam negara agar ekonomi negara terus berkembang, namun kita lihat masyarakat Islam di negara tetap tidak terjejas dengan situasi tersebut. Ini kerana kecintaan untuk melaksanakan suruhan mengatasi hal- hal lain. Kita perhatikan ramainya jemaah umrah berpergian dan berpulang setiap hari. Situasi ini dapat kita lihat apabila kita berada di lapangan terbang. Fenomena amat merujakan. Namun adakah semua yang ke sana untuk menjadi hambaNya yang lebih baik? Apakah dengan ratusan ribu setiap tahun rakyat Malaysia yang pergi menunaikan umrah sudah beribah? Kalau kita lihat secara zahirnya solat berjemaah lima waktu di masjid masih sama dengan tahun-tahun sebelumnya! Akhlak masyarakat tidak banyak berubah, malah kita terserempak dengan jemaah yang baru sahaja melangkah keluar dari balai ketibaan dalam keadaan marah-marah! Apakah niat mereka ini berumrah? Jiran- jiran, rakan kenalan yang tidak berkemampuan hanya ‘menelan air liur’ sahaja melihat mereka yang akan pergi umrah, namun rasa terkeliru apabila amalan selepas berumrah tidak berubah! Timbul persoalan untul sebahagian mereka ini berumrah! Apakah kerana berwang, cuba- cuba kalau dapat beribah, ingin menunjuk-nunjuk, atau sekadar ikut-ikutan?! Kita pun keliru!

Leave a Reply