KENAPA KITA TIDAK MAHU LAMA BERMUNAJAB DENGAN ALLAH

Bulan ramadan ini jika diperhatikan di kebanyakan tempat, ramai orang sanggup beratur demi untuk mendapatkan juadah yang diigini. Sudah pasti juadah itu enak dan sedap dimakan dan memenuhi kehendak dipembeli yang sanggu beratur dan menunggu begitu lama.

Saya juga memerhati waktu solat hampir disemua masjid dan surau, sikap suka menunggu ini jelas kelihatan. Paling menonjol ialah di waktu solat Jumaat.

Kita dapat perhati bahawa ada yang datang agak lewat, mereka beratur untuk dapatkan giliran bagi mengambil wuduk. Selepas berwuduk, kadang kala mereka ini terpaksa berdiri dan menunggu untuk masuk di pintu-pintu masuk masjid.

Lama berdiri adalah bergantung lama mana khutbah jumaat dibaca.

Yang menjadi musyikil kepada saya ialah selepas solat, sesudah sahaja memberikan salam, ada diantara mereka terus mengangkat punggung dan terus untuk nak pulang. Tak boleh tunggu walaupun sesaat bagi membaca wirid atau berdoa.

Mungkin ada yang kata wirid dan doa bidaah, nabi tak buat. Tapi adakah kerana pendapat bidaah ini membuat kita mengangkat punggung untuk menjauhkan diri daripada rumah ALlah?

Saya tak rasa orang yang berpendapat wirid dan doa bidaah yang suka mengangkat punggung selepas sahaja salam.

Timbul persoalan kepada saya kenapa sebelum solat sanggup tunggu dan berdiri hampir ½ jam tetapi selepas solat tak sanggup tunggu ½ minit sahaja?

Tabiat ini juga banyak berlaku dalam masjis-majlis yang kadang kala meninggalkan majlis tak sempat menggu tetamu dalam majlis turun pentas dan meninggalkan dewan atau majlis.

Tunggu sekejap meraikan majlis dan tunggu sekejap meraikan iman membaca doa dan wirid adalah wajar dengan sifat sabar, sebab semuanya adalah untuk ketaatan kita kepada Illahi.

sUMBER
………….

http://laptoplama.blogspot.com/

Leave a Reply