KENAPA KITA MELAKSANAKAN IBADAH UMRAH?

Sejak akhir-akhir ini umat Islam berpusu ke Tanah Suci untuk melaksanakan ibadat sunat yang amat dituntut iaitu ibadat umrah. Sebilangan hambaNya yang berkemampuan melaksana umrah sebagai persiapan ‘warming up’ sebelum mengerjakan ibadat yang difardukan iaitu ibadat Haji. Sebilangannya melaksanakan ibadat umrah sementara menunggu giliran dipanggil untuk melaksanakan ibadat Haji. Namun, hakikat sebenarnya tujuan ke sana ialah untuk melaksanakan ibadat dengan penuh keinsafan di sana tanpa sebarang halangan berbanding ibadat di tanah air. Melalui pemerhatian, kita dapat majoriti yang ke sana (semasa berada di sana), mereka ini telah melaksanakan ibadat masing-masing dengan bersungguh-sungguh. Sebagai mana kita sedia maklum ibadat umra seperti juga ibadat haji ialah perbuatan bagi melengkapkan rukun haji atau umrah kecuali niat yang bukan melibatkan perbuatan. Rukun umrah dan haji adalah sama kecuali wuquf di Arafah. Ini bermakna semua akan berjaya melaksanakan rukun umrah. Yang paling utama pengisian amalan semasa kita di sana. Kita perhatikan sebagamana juga jemaah haji , para hamba Allah ini akan melaksanakan setiap amalan semaksima mungkin. Kita akan liha ribuan manusia sudah berpusus-pusu ke masjidil haram seawal jam dua pagi untuk qiamulai dan diikuti dengan solat fardu Subuh berjemaah. Jarang yang tertinggal solat lima waktu tanpa berjemaah! Begitu juga dengan amalan lain seperti tadarus, sedekah dan sebagainya. Persoalannya adakah amalan semasa di sana berterusan apabila pulang ke tempat asal masing-masing. Mudahan semua jemaah umrah pulang dengan umrah yang mabrur. Apabila jemaah mendapat umrah yang mabrur maka masjid semakin ramai jemaah lima waktunya dan semakin ramai hambaNya yang baik-baik.

Leave a Reply