KENAPA AMALAN PADA RAMADHAN KITA BOLEH GANDAKAN AMALAN?

Pada Ramadhan masjid menjadi tumpuan untuk solat fardu berjemaah. Solat fardu yang hanya satu dua saf bertambah lebih daripada itu, apatah lagi kehadiran untuk solat terawih! Dalam keadaan lapar kita hadir untuk solat di masjid atau surau, dalam keadaan lapar kita dapat mengkhatam al Quran dalam sebulan Ramadhan, dalam keadaan lapar dan dahaga kita dapat mengawal tutur kata kita, dalam keadaan lapar dan dahaga kita dapat mengawal sifat marah kita, dalam keadaan lapar dan dahaga kita sentiasa basahi bibir kita dengan zikir dan kita dapat beriktikaf serta amalan lain! Tapi apabila bulan Ramadhan berlalu, perut kita sudah kenyang, maka tidak ramai lagi yang dapat melaksanakan amalan semasa kelaparan! Ada baiknya kita teruskan dengan amalan berlapar dengan memperbanyakkan puasa sunat dengan dimulai dengan puasa enam pada bulan Syawal dan diikuti dengan puasa sunat Isnin dan Khamis, puasa tiga hari dan sebulan atau puasa Nabi Daud a.s. Mudahan kita dapat mengekalkan amalan sebagaimana amalan kita di bulan puasa. Laksanakan puasa sunat tersebut dengan sebaiknya sebagaimana kita puasa pada bulan Ramadhan. Puasa sunat hendak diisi dengan amalan sebagai kita amalkan semasa puasa di bulan Ramadhan. Hadir berjemaah lima waktu, solat sunat semaksima mungkin. tadarus dan tadabur sebagaimana amalan di bulan Ramadhan, qiamulai sebagai amalan di bulan Ramadhan, bersedekah sebagai pemurahnya kita pada bulan Ramadhan, menjaga pandangan, tutur kata, dan gerak kaki kita sebagai kita kawal dan kita atur pada bulan Ramadhan, menahan marah sebagaimana kita dapat pertahankan sepanjang bulan Ramadhan dan lainnya, insyaAllah kita dapat kekalkan istiqamah kita, ayuh! mulai dari sekarang, entah besok atau beberapa ketika sahaja lagi kita dipanggil mengadapNya.

Leave a Reply