KENAPA 8 DAN KENAPA 20?

Saban tahun apabila Ramadhan menjelma,angka tersebut pasti diperbincangkan.Alhamdulillah ianya tidak lagi menjadi polimik seperti dulunya. Kita sebagai hambanya yang pasti kembali menemuiNya pasti memilihnya mengikut perkiraan masing-masing yang sudah pasti menguntungkan diri kita. Kita pasti mempunyai alasan dan biarlah alasan diterimaNya. HambaNya yang memilih 8 ada rasionalnya. Ramadhan adalah bulan ibadat, maka ruang waktu yang agak panjang selepas kita solat tarawih 8 rakaat dapat diguna semaksima mungkin menambah ibadat yang lain atau, ada urusan yang teramat penting untuk survival kehidupan. HambaNya yang memilih 20, adalah kerana kekuatan seseorang itu agak lemah yang boleh membawa kelalaian jika ruang waktu malam tersebut diurus sendiri sebagaimana mereka yang memilih solat tarawih 8 rakaat. Inilah alasan yang menjadi pegangan kukuh kenapa seseorang HambaNya memilih 8 atau 20. Jika lain alasan, mohon dijauhiNya. Muhasabahlah diri kita kenapa kita memilih 8 atau 20. Kesimpulannya pilih 8 kerana masa selepasnya digunakan sepenuhnya untuk beribadat atau memerlukan kerehatan yang mencukupi bangun qiam malam. Pilih 20 kerana itulah kemampuan semasa untuk beribadat kepadaNya dan jika dapat bangun qiam merupakan bonus dalam beribadat kepadaNya.

KLIA 18 Ramadhan 1438H
Connecting flight to Sandakan.

Leave a Reply