KENA YAKIN SEYAKIN-YAKINNYA!

Syarat utama untuk rajin beribadat dengan besungguh-sungguh dan istiqamah ialah kita kena tanamkan keyakin sepenuhnya tentang ganjaranNya, mampu dilaksanakan serta tiada mudarat dari ibadat yang kita laksanakan yang menjadi suruhanNya. Ganjarannya dalam bentuk maujud atau bukan maujud, yang kita sedari atau tidak sedari, ganjaran di dunia atau akhirat atau keduanya, apa yang pasti janji Allah adalah benar. Setiap ibadat adalah mudah dan Allah akan memudahkan kerana Allah Maha Mengatahui kemampuan setiap manusia yang diciptaNya. Setiap ibadat tidak akan memudaratkan malah memberi kemanisan kepada pengamalnya. Setiap muslim mampu berpuasa sebulan penuh tanpa sebarang kesan sampingan, apakah akan memberi kesan sampingan jika amalkan puasa sunat Isnin dan Khamis atau puasa Nabi Daud a.s? Apakah ada kesan sampingan tyang mudarat  jika perbanyakkan solat-solat sunat? apakah ada kesan sampingan yang mudarat apabila kita perbanyakkan zikir? Apakah ada kesan sampingan yang mudarat apabila kita lengkapi solat kita dengan tambahan zikir dan doa yang disunnahkan? Apakah ada mudarat sampingan apabila kita laksanakan solat berjemaah lima waktu di masjid atau surau? Jika kita yakin seyakin-yakinnya pasti kita akan bertangguh untuk tingkatkan ibadat secara istiqamah?

Leave a Reply