KENA USAHA HINDARI DOSA!

Peranan syaitan ialah membangkit kemanisan apabila melakukan dosa. Kemanisan yang sesaat yang menyebabkan kita dihumbang ke dalam neraka yang entah terlepas atau tidak daripadanya. Gambaran siksanya neraka tidak akan tertanggung oleh kita. Sedangkan air yang panas yang belum mendidih pun tidak sanggup menahannya semasa di dunia, apatah lagi api dunia. Api neraka berganda-ganda lagi panasnya dan yang paling kurang panas lebih panas dari api di dunia yang terpanas. Syaitan sentiasa membisikkan di setiap sanubari tentang manisnya dosa yang menyebabkan tidak sedikit yang terpaut dengannya. Sebagai contoh zina itu amat mengasyikkan menyebabkan ramai tersungkur ke lebah hina yang menyebabkan siksa yang tertanggung di akhirat nanti. Terlepas peluang ke syurga tidak kita rasai di dunia, namun penyesalan semasa di dalam neraka sudah tiada gunanya. Kesimpulannya KINA USAHA HINDARI DOSA walaupun dengan apa cara sekalipun.

Leave a Reply