KENA SENTIASA ‘CHECK LIST” IBADAT SUPAYA KEKAL ISTIQAMAH!

Sebenarnya bukan suatu yang mudah untuk kekal istiqamah dalam ibadat kita. Ibadat yang yang kita amalkan meliputi ibadat harian, mingguan, bulanan atau tahunan. Ibadat harian merupakan cabaran utama untuk kekal istiqamah kerana ibadat tersebut kita kena laksanakan secara berterusan setiap hari tanpa gagal. Manakala detik dan saat akan terus bergerak dengan cepat untuk berubah kepada hari yang berikutnya. Jika kita gagal untuk melaksanakan sesuatu amalan, maka ianya tidak dapat diulang atau diganti walaupun berapa nilai yang mampu kita bayar! Oleh sebab itu senarai semak harian perlu diwujudkan di alam sanubari. Bermula dengan bangun qiamulai dengan amalan yang tertentu sehinggalah doa sebelum kita melelap mata. Sebagai contoh bangun qiamulai dan laksanakan amalan yang menjadi pra syarat dalam qiamulai (ok) jika telah dapat ditunaikan, solat sunat dan fardu Subuh (ok), zikir pagi(ok) tadarus (ok), solat sunat dhuha(ok) dan seterus. Pasti (ok) yang bermaksud tanda berjaya dilaksanakan pada senarai ‘ckeck list” di sanubari kita. Jika ada yang (ko) bermakna kita telah gagal untuk mengamalkan secara istiqamah, kecualilah ada halangan yang memang tidak dapat dielakkan. Namun, telah diperincikan pada artikal yang lepas berkaitan pelan A dan pelan B supaya kita tidak tercicir amalan yang telah kita laksanakan secara istiqamah.

Leave a Reply