KENA SENTIASA BAHARUI SETIAP AMALAN SUPAYA BERADA PADA LANDASAN KEBENARAN!

Elakkan diri daripada berpuas hati dengan ilmu yang ada. Kita sentiasa membuat semakan setiap amalan yang kita laksanakan selama ini sama ada berada di landasan syariah atau tergelincir dari landasan. Dalami amalan-amalan yang telah laksanakan puluhan tahun sama ada menepati syariah atau sekadar ikut-ikutan orang terdahulu. Apabila majoriti mengesah sesuatu amalan tersebut paling menepati syariah maka kita kena berani meninggalkan amalan yang agak longgar dari syariah yang kita amalkan selama ini. Sebagai contoh hal berkaitan dengan solat! Bermula dari keluar dari rumah menuju ke masjid sehinggalah selesai solat kena teliti sunnahnya! Sebagai contoh bacaan doa azan dan iqamat, adakah sama atau berbeza? Bacaan selepas kita bertakbir ratulihram, adakah bacaan selain istighfar dan surah Annas? Apakah perkara yang rukun, wajib dan sunat dalam solat yang selama ini kita amalkan menepati syariah? Seusai sahaja solat fardu ada bacaan wiridnya, adakah bacaan yang kita amalkan bersamaan dengan apa yang Rasul Sallahu ‘alaiwasallam baca? semua ini kenaaa rujuk kepada hadis sahih! Begitu juga dengan amalan lain sebagai contoh doa makan, adakah doa lain selain yang umum amalkan? begitu juga doa selepas makan! doa berbuka puasa ! dan semualah…. kita kena sentiasa semak kembali kerana ilmu Allah TIADA BATAS dan tidak sekali-kali habis sehingga hari qiamat. Jadikan diri kita di antara orang sentiasa memburu ilmu, mengamalkan ilmu, sentiasa menyemak ilmu dan sentiasa berada di pihak yang benar.

{ Leave a Reply ? }

Leave a Reply

Pingback & Trackback

  1. صور ورد - Trackback on 2016/07/12/ 18:22
  2. rankedgg - Trackback on 2016/08/12/ 12:57
  3. Betteryou100 - Trackback on 2016/09/20/ 16:53
  4. خدمات سئو سایت - Trackback on 2016/11/09/ 14:41