KENA MUHASABAH DIRI SEPANJANG MASA

Sesungguhnya kita adalah manusia yang tersangat lemah, mudah alpa, mudah putus asa, tidak konsisten atau dengan kata lain tidak istiqamah terutamanya dalam beribadat kepadaNya. Untuk itu, muhasabah diri perlu dilakukan supaya kita sentiasa berada di landasan sepanjang masa. Musahasah atau semaklah sepanjang masa dengan bersungguh-sungguh amalan khusus, harian,mingguan, bulanan atau tahunan kita. Apakah amalan harian kita masih berada di landasannya seperti pelaksanaan solat kita. Apakah kita masih kekal solat berjemaah lima waktu serta mengamalkan amalan sunat-sunat dalam solat sebagai tambahan kepada perkara rukun iaitu berkaitan zikir, doa, perbuatan dan sebagainya sepanjang kita solat? Apakah amalan harian kita masih lancar dan berada di landasannya seperti qiamulai, solat-solat sunat, zikir pagi dan petang serta zikir-zikir lain, doa-doa dalam setiap gerakgeri kita, tadarus,tadabur dan sebagainya? Apakah masih istiqamah amalan mingguan kita seperti puasa sunat, majlis ilmu, sedekah dan sebagainya? begitu juga dengan amalan bulanan dan tahuan seperti sedekah, zakat dan sebagainya. Apabila kita sentiasa bermuhasabah, insyaAllah kita sentiasa akan kembali ke landasan seandai terlalai. Usahalah supaya kita sentiasa berada di landasan sehinggalah kita dipanggilNya.

{ Leave a Reply ? }

Leave a Reply

Pingback & Trackback

  1. صور اسلامية - Trackback on 2016/07/12/ 18:34