KENA ISI DADA DENGAN ILMU SEIRING DENGAN PENAMPILAN

Berpakaian mengikut dan menampakkan diri warak merupakan trend terkini. Asalkan niatnay ikhlas untuk berubah menjadi hamba yang baik merupakan satu pendekatan yang baik. Namun tidak mencukupi sekiranya penampilan tersebut tidak disertakan dengan ilmu. Mungkin mereka yang baru berjinak dengan trend kita rasa oklah, andaian kita mereka sedang mendalami ilmu berkaitan dengan ibadat. Tapi menyedihkan apabila kita perhatikan mereka yang penampilannya sudah agak lama serta sudah berpuluh kali menunaikan ibadah umrah ( Pengendali syarikat umrah) masih mendirikan solat sunat selepas solat fardu Asar menunjukkan insan ini tidak menambah ilmunya. Jadi untuk diri kita biarlah penampilan kita setara dengan ilmu di dada atau penampilannya biasa-biasa sahaja tetapi padat dengan nas dan dalil.

Leave a Reply