KENA FOKUS DALAM SOLAT!

Apabila kita solat berjemaah di kebanyakkan tempat kita dapati imam cuba meringkaskan solat. Mungkin tujuanya supaya berlaku adil kepada makmum yang terdiri daripada pelbagai latar belakang belakang daripada aspek umur, tahap kesihatan, keperluan kehidupan dan sebagainya. Imam mungkin membuat tanggapan terdapat makmum yang tidak boleh berdiri lama, makmum yang sibuk dengan urusan penting, atau menjaga supaya makmum yang baru berjinak dengan masjid selesa dengan solat berjemaah. Itulah tanggapan positif yang seharusnya ada pada setiap makmum. Namun sebagai makmum yang tidak terikat situasi jemaah tadi, kita kena fokus dengan solat kita, iaitu cuba sedaya upaya melaksanakan semua bacaan sama ada zikir atau doa dalam solat sebagai amalan yang dilakukan oleh Junjungan Besar Rasulullah sallalahu ‘alaiwasallam. Setiap ruang dan detik kita kena guna sepenuhnya dan dalam masa yang sama kita pastikan tidak tertinggal sehingga tersingkir sebagai makmum. Kita ambil ruang untuk membaca bacaan tambahan dalam doa iftitah kita jika ada kesempatan. Begitu bacaan tambahan semasa rukuk, ‘itidal, sujud, duduk antara dua sujud dan bacaan tambahan pada tahiyat akhir. Rasanya untuk bacaan selepas rakaat pertama kita tidak mempunyai masalah, di mana kita kena pastikan pada rekaat pertama kita dapat rukuk bersama imam. Manakala rakaat seterusnya kita ada peluang untuk mengamalkan amalan tambahan (aksesori dalam solat)sehingga jangan melepasi sukun dalam pergerakan imam. Jika kita perhatikan, sekiranya kita mengamalkan bacaan sebagai disunnahkan kita tidaklah tertinggal, kerana dengan kehendakNya masa di antara pergerakkan rukun sebenar mencukupi untuk kita amalkan semua amalan tambahan yang menjadi amalan nabi sallalahu ‘alaiwasal1am. Cuma dalam kes terpencil sahaja terdapat imam yang megimani solat agak laju. Cubalah insya-Allah Allah akan membantu hambanya dan kita akan merasai manisnya solat mengikut solat nabi sallalahu ‘alaiwasallam.

Leave a Reply