KENA BUAT PILIHAN

Sebagaimana tahun-tahun sebelum kaum muslimin masih berbodong-bodong ke bazar . Bagi mereka tidak berkesempatan untuk menyediakan juadah berbuka, dek kekangan tugas mungkin mempunyai alasan untuk singgah sekadar membeli juadah untuk berbuka. Memang tarikan untuk ke bazar Ramadhan sangat kuat. Kita kena buat pilihan sama ada perlu atau tidak ke bazar sekiranya kita mempunyai kemampuan untuk menyediakan sendiri juadah. Sediakan sendiri juadah yang ‘simple’ asal menunya seimbang. Masa yang kita ambil untuk ke sana alangkah lebih bermanfaat untuk kita melaksanakan amalan yang menambahkah ibadat puasa kita. Matlamat kita ialah untuk mendapat puasa yang mabrur yang ganjarannya ialah JannahNya. Mahu tidak mahu kita kena membuat pilihan yang membawa kita ke syurgaNya.

Leave a Reply