KENA BERSUNGGUH DAN SABAR!

Sudah lima hari tidak mencatat untuk perkongsian! Buka tidak ada masa tapi tiada kesungguhan menyebabkan kita melaksanakan perkara yang tidak penting berbanding dengan yang bermanfaat! Kerana kurang kesabaran untuk meninggalkan atau sekurangnya menangguh dari melaksanakan perkara yang tidak penting itu! Kita gagal meng’upated’ blog sedang pada masa yang sama kita sedang melayari blog-blog lain yang kebanyakkannya tidak penting pun. Itu bab berblog, apatah lagi bab berkaitan ibadat harian! Untuk istiqamah solat witir pun sukar jika tiada kesungguhan untuk bangkit dari peraduan sekali jam loceng berdering-dering! kadang-kadang hanya sempat solat satu rakaat witir sahaja! Untuk istiqamah bertadarus sekurang-kurang 100 ayat sehari pun kadang hampir tercicir kerana tiada kesungguhan dan kesabaran untuk meninggalkan perkara yang tidak penting sedang kita lakukan untuk beberapa minit bertadarus. Tanpa kesungguhan dan kesabaran untuk duduk beberapa minit untuk berwirid selepas solat fardu menyebabkan kita terus bangkit selepas solat tanpa berwirid sedangkan tiada pun urusan yang amat penting. Kadang-kadang rasa tidak sabar untuk menyelesaikan solat sehingga waktu keemasan semasa sujud tidak digunakan untuk membaca zikir selain daripada bacaan biasa, apatah lagi untuk mengambil masa beberapa saat sahaja untuk berdoa sebelum bangkit dari sujud yang terakhir! Kadang-kadang kita terus melangkah ke dalam tandas tanpa sebarang doa atau sekurang-kurang pastikan kita masuk dengan langkahan kaki kiri! Kena bersungguh dan sabar untuk berdoa untuk beberapa saat sebelum melangkah masuk dan keluar tandas. Memang semuanya kita mahu cepat tapi untuk meluangkan masa untuk beberepa saat untuk membaca sesuatu doa tidak pun akan menjejaskan kecepatan yang kita ingikan! Biar cepat yang berkah berbanding cepat yang melalaikan! Memang kadangkala kita terlalu mengatuk untuk bangun malam, namun jika kita tidak bersungguh-sungguh memaksa diri untuk bangun dan sabar dalam melaksanakan sesuatu amalan, maka malan kita akan mejadi “flip flop”! Apakah kita ingin keadaan amalan sebegini sehingga kita dipanggilNya? InsyaAllah jika kita bersungguh dan bersabar untuk mengekalkan amalan kita, Allah akan memberi jalan kepada kita!

Leave a Reply