KENA BERSAING JIKA INGIN KEKAL ISTIQAMAH DALAM IBADAT!

Kita perhatikan ramai orang beribadat ‘flip flop’ termasuklah diri sendiri! sekejab rajin solat berjemaah, sekejab rajin melaksanakan solat sunat, sekejab rajin tadarus, sekejab rajin menghadiri majlis ilmu dan amalan-amalan lain tapi kadang-kadang tidak munculpun di masjid untuk berjemaah, kadang=kadang tidak buka pun al Quran untuk beberapa waktu, kadang=kadang lepas solat fardu terus angkat kaki tanpa menunggu seminit dua untuk berwirid! kenapa ya? Yang pasti itu adalah mainan syaitan untuk orang tidak bersungguh dalam amalannya. Sebagai dalam kehidupan dunia, untuk berjaya kita kena bersaing dengan orang lain. Jika orang yang berjaya itu kerana kerja bersungguh-sungguh, maka kita pun mesti ikut caranya jika ingin berjaya sepertinya. Begitu jugalah dalam beribadat, kita kena lihat calon-calon ahli syurga pada pandangan zahir kita. Kena ada rasa untuk bersaing untuk bersamanya di syurga nanti. Jadi kita kena bersungguh-sungguh melaksanakan apa sahaja amalannya dan tidak mahu kalah. Kita ingin pastikan juga kita menjadi pilihan untuk masuk ke syurgaNya seperti saudara kita yang kita jadikan ‘benchmark’ dalam beramal! Ingat syurga MAHA luas, kita mahu berada di dalamnya bersama pilihan Allah. Kekalkanlah amalan yang kita telah istiqamah dengan bersungguh-sungguh dalam setiap amalan kita dan pantangkan diri kita undur ke belakang! SELAMAT BERBUKA PUASA SEKEJAB LAGI ( hari ini Khamis). Mudahan dkurnai puasa yang mabrur.

Leave a Reply