KEMATIAN SUDAH TIBA!

Tiap yang bernyawa pasti akan mati. Ianya akan tiba bila- bila masa apabila tiba waktu yang telah ditetapkan. Baru lepas solat Asar kami menyesolatkan seorang hambaNya yang tidak sempat menghabiskan fardu puasanya walau hayatnya disampaikan juga pada bulan Ramadhan! Di media masa kita dihebahkan beberapa individu yang pergi mengadapnya ketika sedang berpuasa. Bagi diri kita entah bila lagi, sempatkan puasa esok hari walaupun ianya sangat hampir! Sempatkan kita menghabis sebulan Ramadhan? Hanya Allah yang Maha Mengetahuinya. Entah selepas solat terawih kita dipanggilNya, entah esok atau entah selepas esok dan seterusnya! Ini bermakna kita pasti dipanghilNya bila- bila mengikut saat yang ditentuNya yang tidak diketahui oleh manusia. Setinggi mana pun kedudukan dan pangkat, saat itu tidak didedahNya. Oleh itu, kuncinya ialah persiapan sepanjang masa, lebih- lebih lagi di bulan yang keberkatan ini. Marilah kita gunakan setiap saat yang terluang untuk melaksana suruhanNya.Bermula dengan qiamulai, sahur, beribadat di rumahNya dengan solat fardu Subuh berjemaah yang disertai dengan solat- solat sunat sebelumnya. Diteruskan dengan zikir, tadarus, msjlis ilmu, solat sunat tertentu untuk waktu isra’, dhuha dan sebagainya. Amalan ini bersambung dengan solat fardu berjemaah disertai dengan amalan sunnah yang diamalkan para solehan. Ihya Ramadhan di masjid serta ikhtikaf sehinggalah selesai solat tarawih. Atur setiap gerakan kita untunNya sebagai persiapan dipanggilNya yang entah bila saatnya.

01 Ramadhan 1437/jam 2030- Masjid Muhammadi, Kota Bharu.

Leave a Reply