KEMATIAN

Takziah dan al fatihah untuk tiga rakan sejawat yang kembali ke rahmatullah. Dalam bulan ini sudah tiga rakan sejawat termasuk seorang yang tiga tahun kami sebilik semasa menuntut di KL. Mudahan kesemuanya di tempatkan bersama para orang soleh dan solehah. Diri kita entah bila lagi? Realiti masanya semakin lama semakin hampir kepada kematian. Mengingati kematian yang bakal kita tempuhi sama ada kita suka atau tidak. Jadi, apakah persiapan kita? Cukupkan sekadar solat lima waktu yang kita kerjakan mengikut kesukaan dan kelapangan kita? Tidak memberatkan solat di awal waktu!. Solat kita yang tidak istiqamah, sebahagian besar kita solat bersendiri dan kadang-kadang berjemaah. Solat mengikut kemahuan kita bukan tuntutan yang digalakkan. Cukup dengan solat yang kita dirikan hanya melaksanan yang rukun sahaja dan ditambah yang disunatkan sedikit-sedikit dan sekali sekala. Zikirnya kadang-kadang baca dan kadang-kadang berkejar untuk urusan dunia yang tidak pernah habis-habis, seolah dunia inilah yang kekal!. Cukupkah dengan puasa bulan Ramadhan sahaja yang kebanyakkan dihabiskan dengan berbual kosong atau berkeliaran di bazar Ramadhan. Terawihnya sekali-sekali mengikut kelapangan. Bagaimana amalan-amalan lain yang meraih rahmatNya? Cukupkah amalan kita sekitar 30 hingga 60 minit sehari berbanding 1560 minit dalam sehari. Cukupkah? Ingatan untuk diri sendiri dan penjengok blog, mudahan kita lebih bersedia untuk ke sana ikhtibar dari berita kematian yang kita terima.

Leave a Reply