Kelayakan Untuk Meminta-minta

Kelayakan Untuk Meminta
Hadith :


Dari Qabishah bin Mukhariq al-Hilali r.a katanya,:”Aku pernah
menanggung hutang (untuk mendamaikan dua kabilah yang saling
bersengketa). Lalu aku datang kepada Rasulullah s.a.w meminta bantuan
kepada baginda untuk membayarnya. Jawab baginda,:”Tunggulah hingga
orang datang menghantarkan zakat, nanti kusuruh serahkan kepadamu.”
Kemudian baginda melanjutkan sabdanya, “Hai Qabishah! Sesungguhnya
meminta-minta itu tidak boleh (tidak halal) kecuali untuk tiga
golongan:

1) Orang yang menanggung hutang (gharim, untuk mendamaikan dua orang
yang bersengketa atau seumpamanya). Maka orang itu boleh meminta-minta,
sehingga hutangnya langsai. Apabila hutangnya telah selesai, maka tidak
boleh lagi dia meminta-minta.

2) Orang yang ditimpa bencana, sehingga harta bendanya musnah. Orang
itu boleh meminta-minta sehingga dia memperolehi sumber kehidupan yang
layak bagi dirinya.

3) Orang yang ditimpa kemiskinan, (disaksikan atau diketahui oleh tiga
orang yang dipercayai bahawa dia memang miskin). Orang itu boleh
meminta-minta hingga dia memperolehi sumber kehidupan yang layak.
Selain tiga golongan tersebut , haram baginya meminta-minta dan haram
pula baginya memakan hasil perbuatan meminta-minta itu.”


 

(Muslim)


 

 


Huraian

Sumber
: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Leave a Reply