KELAPARAN

Pernahah kita mengalami kelaparan? Rasanya jarang atau tidak pernah alami pun dalam hidup kecuali lapar. Lapar dan kelaparan mempunyai maksud yang amat jauh sekali. Kelaparan biasanya tiada makanan untuk dimakan dalam jangka masa yang agak panjang, manakala lapar disebabkan kita terlewat makan disebabkan perkara-perkara tertentu dan makanannya ada atau kita mampu mendapatkan makanan. Begitulah anugerah Allah yang kita kadang-kadang terlupa mensyukurinya. Kita selalu bersyukur apabila mendapat sesuatu yang bernilai kebendaan atau wang ringgit!. Mulai kini marilah kita menhintung nikmat yang Allah kurniai yang tak terhitung yang selalu kita terlepas pandang sebagai menandakan kesyukuran kita kepadaNya.

Leave a Reply