Kasihkan Harta, harta pasti lupus dan berkurang
Kasihkan ibu dan bapa mereka akan pergi mendahului kita atau kita mendahului meninggalkan mereka
kasihkan isteri dan anak, ia pasti ditinggalkan atau meninggalkan mereka
Kasihkan saudara, sementara, samaada kita meninggalkan mereka atau mereka meninggalkan kita kerana panggilan Illahi atau kerana dunia.
Kasihku terhadap mereka tanpa sempadan dan tanpa tempoh, namun pasti perpisahan akan terjadi
Kita boleh bersedih tetapi jangan kecewa, kita pasti bertemu di tempat orang bertaqwa nanti dan kita akan temui kekasih sejati kerana kita tidak lagi akan ke mana-mana lagi untuk selamanya.
Allahlah kekasih yang tidak pernah melupai dan meninggalkan kita walau kita sebaliknya.
Ampunilah hambaMu ya Allah, Kaulah kekasih yang kekal.



