KEINGINAN KEPADA ISLAM YANG SYUMUL MESTI SEIMBANG DENGAN KEIMANAN DIRI SENDIRI!

Sejak akhir-akhir riuh rendah perbincangan berkaitan dengan RUU355 yang semua sedia maklum intipatinya.Ada yang menyokong kerana kefahamannya terhadap pindaan tersebut dan sebahagian pula menyokong kerana ialahnya berkaitan dengan perintah Allah yang mesti dilaksanakan. Kepada orang islam yang masih ragu berkaitan dengan perkara tersebut , kita beranggapan mereka belum memahami secara jelas dan harapan kita bukan kerana sebab lain. Mudahan Allah kurniakan taufik dan hidayah supaya mendapat pemahaman yang jelas. Untuk mereka yang bukan Islam yang menentang, kita tahu motif mereka kenapa panentangan tersebut berlaku iaitu mereka takut keindahan dan keadilan islam tertegak yang pasti mengancam “survival” amalan yang dianuti mereka selama ini. Sememangnya bagi hambaNya yang menyedari kita dan seluruh alam serta isinya adalah ciptaanNya, maka kita juga menyedari setiap peraturan perjalanan alam dan peraturan yang mengawal kehidupan makhluknya adalah hasil ciptaanNya yang Maha sempurna dan mustahil tidak sempurna, maka kita menyokong secara total gerakan ke arah menjadikan Islam suatu agama yang syumul. Namun, dalam perjalanan atau gerak kerja ke arah tersebut kita kena iringkan gerak kerja tersebut dengan gerak kerja memantapkan keimanan diri kita. Kena maksimakan ilmu dan amalan kita dalam kehidupan seharian supaya kita menjadi hambaNya yang terbaik dalam masa yang sama bekerja keras untuk Islam ditegakkan secara syumul di bumi ini. Kemantapan iman melalui melaksanakan semua suruhan dan meninggalkan apa sahaja dilarang secara istiqamah. Dalam meningkatkan keimanan kita, perkara yang perlu ditekankan ialah melaksanakan perkara-perkara yang menjadi rukun, perkara-perkara wajib, perkara-perkara yang disunatkan hendaklah dilasanakan secara sebaik mungkin. Sebagai contoh,dalam mendirikan solat kita kena tahun mana yang rukun, mana yang wajib dan mana yang sunat. Ketiga gabungan itu kena laksanakan sebaik mungkin. ianya meliputi bacaan dalam solat tajwidnya betul, pergerakan dan perbuatannya menepati rukun yang ditetapkan dan segalam amalan sunat yang disunnahkan dalam solat yang menyempurnakan solat kita, kena kita amalkan supaya menjadi solat kita yang terbaik. Begitu juga dalam amalan lain dalam setiap detik kehidupan kita. Janganlah kita yang paling di depan dalam memperjuangkan syariatNya namun, dalam meningkatkan keimanan diri kita ala kadar sahaja. Yang paling terbaik ialah kita berada di saf hadapan dalam menyempurnaan syariatnya, kita juga sedang secara gigih meningkat tahap kualiti iman kita.InsyaAllah apabila iman setiap muslim mantap, hal-hal lain yang menajdi syariahNya Allah pasti akan permudahkan. Bukan sahaja RUU355 sahaja yang berjaya dilaksanakan, malah tidak mustahil sebuah negara Islam dalam erti kata yang sebenar akan terbentuk akhirnya. Ayuh! mantapkan diri dengan iman yang sebenar-sebenarnya dalan kehidupan seharian kita.

Leave a Reply