KEHILANGAN

Tidak dapat kita bayangkan kesedihan dan kepiluan yang dihadapi para sahabat dan umat Islam ekoran kewafatan Rasulullah S.A.W yang sangat disayangi ummah. Gambaran ini, tiba-tiba menjelma apabila tibanya malam Jumaat dan Sabtu. Setiap malam ini bermula 7.00 malam hingga 9.00 malam sejak lebih lima tahun, kami menadah ilmu daripada seorang guru yang alim ilmunya dan komited dalam mengajar dan mengamalkan ilmu. Jarang mangkir kecuali ,mempunyai urusan di luar kawasan. Pada tempat ini dan situasi amat jarang mendapatkan seorang guru sepertinya. Kelas sudah tertangguh lebih dua kerana ujian keuzuran yang dihadapi. Biasanya pada malam tersebut kami belajar, bersoaljawab dan mempraktik ilmu yang diajarnya. Kehilangan majlis zikir(ilmu) tersebut amat terasa sekali. Situasinya membayangkan bagaimana kesedihan dan kepiluan para sahabat umat Islam semasa kewafatan Nabi S.A.W . Mudahan guruku dikurniakan kesembuhan untuk kami menggali ilmu padanya yang masih banyak yang perlu manfaat. Baru kami merasai betapa manfaat ilmu tersebut.

{ Leave a Reply ? }

Leave a Reply

Pingback & Trackback

  1. Markham English tutoring for kids - Trackback on 2016/10/08/ 04:43
  2. FCPX Effects - Trackback on 2016/11/12/ 08:16