KEBIASAAN AKAN MENJADI BIASA

Apa yang kita inginkan itu jadinya! Jika kita biasakan diri berada di masjid sebelum azan dikumandangkan itulah kebiasaannya. Walau bagaimana sukar atau sibuknya kita, biasanya kita akan tiba juga di rumah Allah sebelum azan berkumandang. Jika kita biasa ke masjid bertepatan dengan azan dikumandangkan, maka begitulah akan menjadi kebiasaan walau kita ada apa-apa urusanpun pada waktu sebelumnya. Jika kita biasakan tiba di masjid sesudah azan dikumandangkan, maka waktu tersebutlah akan menjadi kebiasaan kita akan tiba di rumah Allah, walaupun terdapat masa lapang waktu sebelumnya. Jika kita biasakan tiba di masjid bertepatan dengan takbir ratulihram imam, maka pada hari seterunya itu masa kita akan tiba di rumahNya. Jika kita biasakan solat keadaan masbuk, maka itu kebiasaan hari-hari seterusnya. Begitu juga zikir selepas solat, jika kita biasakan terus bangkit meninggalkan tempat solat tanpa berzikir, maka itulah yang menjadi kebaiasaan kita tanpa merasa apa-apa walaupun besar manapun fadhilatnya. Jika biasa berzikir dengan pantas setiap berzikir selepas solat, maka begitulah kebiasaannya.Andainya kita biasakan solat berjemaah fardu Maghrib dan Isya’, maka itulah akan menjadi kebiasaan kita bertahun-tahun, jika kita tidak berusaha untuk solat berjemaah lima waktu. Kita tidak akan merasai apa-apa walaupun solat berjemaah lima waktu adalah suatu tuntutan, bukan sahaja Maghrib dan Isya’sahaja!. Dan yang lebih parah ialah kebiasaan solat dengan cepat, hasil sia-sia. Mudahah kita berada dalam kumpulan yang menjadi kebiasaan berada di rumahNya sebelum azan dikumandangkan.Mudah-mudahan juga kita di antara yang berjaya menyempurnakan solat lima waktu berjemaah sebelum nafas kita diberhenti pada bila-bila masa sahaja.

Leave a Reply