KEARAH MENDAPAT HAJI YANG MABRUR

HAJI adalah rukun ISLAM yang KELIMA. Balasan baji hamba yang mendapat ganjaran MABRUR adalah JANNAHNYA. Bercita-citalah agar kita disampaikan ke sana secepat mungkin. Kebanyakkan dari kita hanya mempersiapkan diri apabila menerima panggilan mengerja haji atau berhampiran dengan bukan haji. Seharusnya persiapan kita bermula apabila kita menyedari kewajipan mengerjakan haji agar kita dapat mengerjakan yang terbaik. Apabila kita sentiasa bersedia, hati kita lebih peka untuk ke sana sebaik saja tiba musim haji walaupun kita belum dipanggilNya, namun hati kita akan terasa terbuak-buak ingin segera ke sana. Lagi cepat ke sama lagi besar peluang kita untuk mendapat syurgaMya jika kita dikurnai haji yang mabrur. Untuk mendapat haji yang suatu yang tidak mustahil sama sekali walaupun pada umumnya nampak sukar. Namun persiapannya MESTILAH bermula dari SEKARANG. Apakah persiapannya? Pertama, niatnya hendaklah ikhlas kerana Allah S.W.T. Kedua, diikuti dengan mendalami ilmu berkaitan DENGAN ibadat yang akan kita laksanakan di samping memantap amalan harian yang diwajibkan atau perkara yang disunatkan kepada kita. Contohnya, pastikan amalan solat kita sudah betul atau sedang diperbetulkan, sama ada rukunnya, bacaan dari segi tajwid dan sebagainya. Seterusnya, amalan sebelum ke sana perlu dimantapkan aksesorinya seperti solat-solat sunat iaitu sunat taubat, rawatan,witir, memohon maaf jika ada kesalahan sesama manusia serta memaafkan mereka dan sebagainya. Hal ini jarang diberi perhatian apabila kita perhatikan perlakuan jemaah sebelum mereka berangkat ke Tanah Suci. Mereka sekadar solat Subuh misalnya. Lebih suka bersolat bersendirian dan tidak mengambil berat solat sunat sebelum Subuh yang amat besar ganjaran. Aksesori ini penting sebagai latihan dan persiapan semasa melaksanakan ibadat umarah nanti. Kemabruran haji atau umrah sebenarnyanya bermula di rumah lagi dan tidak hanya apabila kita menjejak kaki di Tanah Suci. Di antara cara untuk mencapai haji mabrur ialah seseorang itu hendaklah melaksanakan solat Subuh berjamaah dan beramal sehingga masuk waktu dhuha. Amalan solat berjamaah perlu dimantapkan sebelum ke sana sebagai aksesori utama kita apabila di sana dan pulang nanti. Banyak aksesori yang boleh dilaksanakan sebelum ke sana. Apabila jemaah berada di sana, aksesori tambahan perlu dilaksanakan agar ibadah umarah kita mantap. Di antaranya memperbanyakan solat sunat, khatam al Quran sepanjang di sana, di samping amalan biasa seperti puasa ISNIN dan KHAMIS apabila kebetulan pada HARI tersebut kita di sana. Amalan puasa ISNIN dan KHAMIS merupakan aksesori ibadat kita sepanjang masa, sama ada sebelum, semasa dan selepas umrah. Sentiasa tambah aksesori ibadat sepanjang di sana. Tumpukan sepenuh komitmen sepanjang di sana. Korbankan segalanya, tidur sekadarnya, makan sekadar serta jauhilah perkara yang tidak berbentuk ibadat, apa lagi yang makruh dan haram. IsyaAllah jika dilaksanakan pasti Allah akan mabrurkan umrah kita. Perkara yang teramat penting ialah, pasti sumbaer kewangan kita ke sana adalah dari sumber yang halal dan kita sudah menjelaskan hutang piutang sesama manusia. Persipannya hendakah bermula dari sekarang. Dalami solat-solat selain solat fardu dengan mengamalkan secara istiqamah sekarang kerana ianya akan menjadi yang amat mudah apabila berada di sana nanti. Qiamulai dan solat-solat sunat yang menjadi amalan para solehin. Zikir-zikir yang menjadi amalan Rasul SAW termasuk tadarus al Quran dengan tajwid yang betul dan sebagainya. membiasakan puasa sunat dan apabila di sana ianya juga akan menjadi amalan pada hari-hari tertentu yang tidak ramai mereka yang mengamalkan di sana(di antara pengisian amalan yang paling manis ialah berpuasa Isnin dan Khamis semasa mengerjakan haji kecuali hari yang diharamkan berpuasa.Sesungguhnya tidak ramai yang membuat persiapan sedemikian rupa*Kebanyakkannya berpuas hati dengan hanya menghadiri khusus ibadat haji 16 minggu anjuran TH(kuesus ini hanya pelengkap dalam urusan asas perjalanan ibadat haji), sedang amalan-amalan di atas merupa asas persiapan untuk mendapat haji yang MABRUR. Wallahu’alam

Leave a Reply