Ke mana sebenar hidup kita?

Malamnya berhibur, siangnya bekerja, bersosial, beriadah dan sebagainya. Hari demi hari sehinggalah kita dipanggilNya untuk menanti kehidupan yang kekal abadi. Sebahagiannya melaksanakan ibadat seadanya sebagai melepaskan tanggungjawab, sebahagiannya langsung tidak mempedulikan sebarang ibadah dan sebahagian begitu tekun beribadat. Kenapa wujudnya tiga golongan ini? Apakah tidak yakin dengan kehidupan abadi yang mengurniakan nikmat syurga yang tidak tergambar nikmatnya yang meliputi nikmat jasmaniyang mampu dinikmati apabila kita inginkannya dan rohani yang melibat nafsu syahwat dan sebagainya. hayatilah nikmat syurga dengan nikmat segala nikmatnya serta bidadarinya. Apakah tidak yakin dengan siksa yang tidak tergambar kepedihannya yang berterusan dan tidak ditamatkan kesakitannya dengan kematian sebagaimana kita berada di dunia. Kita perlu keperluan kehidupan sekadar untuk membolehkan kita beribadat. Janganlah sesekali kita bakhir untuk berbelanja di jalanNya, menolong manusia untuk mendapat ganjaran di alam yang tiada lagi kematian. Oleh itu kita kena bersungguh untuk beramal semaksima mungkin secara istiqamah. kita kena juga berusaha semaksima mungkin melawan hawa nafsu yang akan membawa kita kepada siksa yang kekal abdi dan kesakitan yang berpanjangan yang tidak ditamatkan dengan kematian.

Leave a Reply