KE MANA ARAH KITA SEBENARNYA?

Pelbagai perkara semakin gawat. Kegawatan ekonomi dengan harga barang melambung menyebabkan kos hidup meningkat, kegawatan sosial telah menyebabkan ibu bapa tidak lena tidur, kegawatan politik menyebabkan pemimpin boleh dijual beli, akidah dan pegangan terumbang-ambing. Ke manakah arah kita sebenarnya? Apakah kita lupa destinasi kita? Destinasi sebenarnya adalah alam yang kekal abdi iaitu alam akhirat. Apakah dengan adanya nawaitu yang teguh, kita takut kepada kekalahan hingga kita sanggup menjual maruah, kita takut mengatakan yang benar, kita takut kehilangan kuasa atau habuan. Apa yang jelas kerana takut di atas kita berantakan sesama sendiri. Wahai pemimpin yang merasakan ingin jadi pemimpin tenunglah sebelum sesutu tindakan diambil agar kita sentiasa berada di landasan yang betul. Sebelum ini tanpa kuasa mereka gentar dengan kita kerana destinasi kita jelas. MOGA PUASA KETUJUH KITA LEBIH BAIK DARI KEENAM.

Leave a Reply