KE ARAH MENDAPAT HAJI YANG MABRUR -I

Selepas kita berjaya melepasi madrasah Ramadhan, kini tertumpu pula kepada hamba yang menjadi pilihan Allah pada tahun ini untuk menunaikan ibadat Haji yang merupakan rukun Islam yang kelima yang menjadi kewajipan kepada hambaNya yang mampu. Kepada yang belum terpilih hendaklah terus berdoa dengan bersungguh-sungguh. Jemaah haji yang sejak akhir-akhir ini sungguh bernasib baik kerana sanak saudar, sahabat handai dan semua kaum muslim mendoakan serta mencadangkan berbagai nasihat semoga dikurniai haji yang mabrur. Haji yang mabrur balasannya adalah syurga. Bagi yang belum ke sana untuk mengerjakan ibadat tersebut rasa hatinya tidaklah sehebat apabila berada di sana! Bagi mereka yang benar insaf dan bersungguh-sungguh untuk mendapat haji yang mabrur biasa akan merasai dua keadaan iaitu i. Pertanyaan untuk diri sendiri kenapa tidak hadir lebih awal untuk menunaikan ibadat ini? Kenapa baru sekarang terutama yang sudah berumur dan kesihatan yang agak kurang memuaskan! Keduanya ii. Kenapa aku tidak membuat persiapan yang terbaik supaya ibadat haji ini adalah yang terbaik? Sebenarnya kita tidak perlu menyesal kerana menjadi pilihan Allah sudah menjadi satu Kenikmatan. Apa yang paling utama jangan toleh ke belakang iaitu buat yang terbaik dan termampu kerana Allah yang mengurniakan kepada hambaNya mengikut usaha dan keikhlasnnya.
Namun pada artikel Ini akan membincangkan topik khusus untuk yang akan menunaikan ibadat tersebut sama ada pada tahun semasa atau tahun yang mendatang agar kita sedaya membuat persiapan untuk menggamit haji yang mabrur. Kita perlu membuat persiapan yang rapi dan melaksanakan SEHABIS baik dan selebihnya kita berserah kepada rahmatNya untuk menentukan status haji yang akan kita laksanakan nanti. Peluang untuk menggapai haji mabrur lebih cerah jika dapat melaksanakan apa yang selari dengan kehendakNya. Ia meliputi daripada persiapan sehinggalah kita selesai menegrjakannya. Bersambung…

Leave a Reply