KE ARAH MENDAPAT HAJI YANG MABRUR – II

peesiapan rapi sangat diperlukan untuk memastikan sesuatu matlamat tersebut mencapai hasil yang cemerlang. Sebagai contoh, pelari pecut 100M sudah pasti tidak dapat bersaing dengan peserta yang telah membuat persiapan rapi jika tanpa sebarang Latihan dan persiapan terus ke garisan permulaan untuk bersaing dengan peserta lain. Begitu juga dengan ibadat fardu haji. Ibadat yang diwajibkan sekali sahaja sepanjang hayat, memang dalam situasi semasa agak mustahil untuk mengerjakan ibadat tersebut lebih dari sekali. Jadi peluang sekali yang Allah anugerahi tersebut perlulah dilaksanakan 100% terbaik. Maka untu, mencapainya kita perlu membuat persiapan PRA-HAJI sama juga pelari tadi perlu Ada pra-perlawanan(persiapan). PRA -haji hendaklah dimulakan seawal niat kita untuk mengerjakan ibadat fardu haji. Peringkat pra-haji merangkumi ilmu berkaitan ibadat tersebut serta amalan-amalan yang perlu dilaksanakan secara istiqamah sebelum kita menjejak kaki ke Tanah Suci. Kemantapan ilmu berkaitan ibadat haji perlu seiring DENGAN proses mendekati diri kepadaNya sebagai hambaNya. Ia meliputi amalan harian sama ada yang difardukan atau yang sunat. Kita perlu melengkapkan diri dengan ilmu yang mantap dalam melaksanakan amalan fardu DENGAN tambahan perkara yang disunatkan sebagai pelengkap kepada setiap ibadat kita sebagai hambaNya. Sebagai contoh, ibadat fardu solat kita perlu ‘ up to dated’ dari aspek rukun dan pengisian dalam solat. Apabila kita hadir untuk mengerjakan ibadat haji akan diiringin dengan solat yang betul. Ini secara tidak langsung ibadat fardu yang lain selari dengan amalan ibadat fardu haji. Ini berdasarkan terdapat jemaah haji yang solatnya bercelaru dilaksanakan dan pada masa yang sama sedang menunaikan haji. Sekiranya ianya dalam proses pembelajaran ianya masih boleh dimaafkan, namun jika amalan tersebut dilaksanakan secara ikutan di Tanah air dan terus diamalkan di sana, maka amat malng sekali. Itulah yang mesti kita elakkan. Bersambung…

Leave a Reply