Kawan Lama

Sebentar tadi dihubungi kawan lama. Rumahnya dulu tempat berteduh bila keluar dari “jin bertendang”. Tempat mengikat simpulan kasih dengan Ummi tersayang kira-kira 20 tahun dulu. MUHAINI LAN dari Taiping yang sudah hampir 20 tahun tidak berjumpa akan berkunjng ke Sandakan. Kami di sini bagai menatang minyak yang penuh. Mereka berdua macam adik beradik. Kami ditemukan dalam keadaan susah, sama-sama mengharunginya tanpa sebarang keresahan, tempat mengadu antara satu sama lain, tempat segalanya seolah-olah anak yatim dan kami berpisah mengikut haluan masing-masing. MUHAINI DAN LAN pulang ke Semenanjung, manakala aku dan Ummi terkapai di sini kerana tugas yang belum sempurna.Banyangan lama menerjah dan akan berflash back pada 13 Julai nanti. Mereka akan berkunjung ke sini setelah berpatah arang hampir 20 tahun. Semoga bersahabatan bertaut kembali.Will come to SANDAKAN THE NATURE cYTI. Kami menunggu kalian.

Leave a Reply